keputusan permohonan ke IPTA bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf bagi sesi akademik 2011/2012 boleh diperoleh mulai pukul 12 tengah hari ini.
semakan boleh dibuat dengan :
1) menghubungi talian hotline 03-88835858, helpline 03-88835848 dan juga ditalian am 03-88835801/5802.
2)melayari laman web http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my dan http://www.jpt.uum.edu.my
3)menghantar pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) ke 15888.
-cetak surat tawaran mulai Sabtu ini melalui laman web rasmi IPTA
-calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 14 Mei ini