Friday, February 7, 2014

Buat baik di balas baik...Alhamdulillah...

Cerita dari seorang kawan:

Dulu aku selalu berkira untuk bersedekah.tapi kejadian semalam memang menyebabkan aku 'terjaga'. harta yang aku ada bukan harta aku sebenarnya.

lepas habis je waktu kerja aku cadang nak ke 1 mall area rumah. masa nak bayar aku terpandang makcik/nenek yang beratur belakang aku. kesian.
itu je perkataan yang terkeluar dalam kepala hotak aku.
pakaian dia tak macam makcik-makcik/nenek urban di kota metropolitan ni
pakaian dia baju kurung kedut,tudung pon tudung zaman dulu kala punya.
dia pegang biskut tiger kecik.
dan duit rm10 kedut-kedut jugak.
siyesly dalam pikiran aku.kesian sangat.
aku tanye makcik nak bayar ni je ke.
maybe pertanyaan aku terlalu kasar or macam perli lagak orang kaya (aku orang biase biase je)
muka mak cik tu blur.ok xpe.
then aku bgtau cashier kira kan sekali yang mak cik punye.
mak cik tu blur lagi.
then cashier tu ambil biskut tu kirakan sekali dengan barang aku.
mak cik pandang aku dia tanye
"adik bayarkan untuk nenek sekali ke.terima kasih dik"
"aah.xpe lah nek.rezeki nenek"
dia pandang aku dengan muka yang hepi.
then lepas amik barang dia terus blah.
aku pulak round-round kejap dalam mall tu then aku gerak balik

keesokan hari..
aku datang opis,bos aku datang dekat dan hulur angpow kaler merah (CNY)
aku x expect bape-bape pon sebab selalu paling banyak pon dapat rm5.
rezeki jangan ditolak bala jangan dicari.
akak opis aku datang sebelah.dia bukak dia punya.
"wah" :: muka terkejut
"nape kak"
"200 tuu"
"siyesly??"
aku wat muka blur.dalam mood 'maybe akak ni gurau biawak kot'
then aku  kat meja,duduk dengan eksyen nya.slow-slow buka angpau tu
buka je...
"alhamdulillah.mungkin ni berkat doa nenek semalam"
ya.betul.200 hengget.padahal semalam aku bagi nenek rm1 je.
tapi Allah dah janji baik di balas baik,jahat di balas jahat


so,pengajaran yang aku dapat:
-rezeki yang kita ada ni kongsi-kongsi kan lah
-sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada/dapat sebab kat luar sana masih ramai yang memerlukan
-hidup ni karma


Sunday, August 26, 2012

Petua Menghilangkan Parut

Petua 1: Ambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. Parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru.

Petua 2: Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika di amalkan selalu, ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.
Petua 3: Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yang mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
Petua 4: Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Ia amat berkesan untuk  menghilangkan parut.
Petua 5: Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.
Petua 6: Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.
Petua 7: Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.
Petua 8: Ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci hingga bersih. Giling hingga lumat dan satukan bersama sedikit bedak sejuk dan air. Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.
Petua 9: Ambil tepung ubi dan kunyit hidup campurkan dan letak pada parut di muka atau badan anda,
Petua 10: Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokan hari, cucilah menggunakan air suam.
Petua 11: Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
Petua 12: Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka 2 kali seminggu.
Petua 13: Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 14: Caranya ialah dengan mengukus ubi kentang yang dibuang kulitnya itu dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus. Tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering. Lakukan selalu dan anda akan mendapati bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.

Saturday, August 25, 2012

Raya ke-7 (25 Ogos 2012) + resepi puding koktel bujang

setelah setahun berlalu...
abes di godek-godek, di belek-belek semua account email aku, akhirnya aku temui jugak pasword blog.waakkaka.
ni la akibatnya banyak sangat telan semut itam.sigh*
ari ni raya ke-7 aku still kat bumi key-ell.reason: saje nak join geng-geng myanmar,nepal,bangla penuhkan kl.hohoho.
ramadhan tahun ni aku banyak wat puding koktel sebab senang+murah+berbaloi dan yang paling penting puding koktel ni feberet mak aku. love u mom.

PUDING KOKTEL

BAHAN-BAHAN + KOS: (gambar-gambar bahan ihsan dari pakcik goggle)

1 TIN SUSU CAIR (harga: +/- rm 2.50)












1 TIN KOKTEL (harga: +/- rm 3.50)













1bekas NATA DE COCO laici ,harga: +/- rm 4.90)










gula -3 sudu teh

cara-caranya:
campur semua pastu taruk dalam peti.siap.
maka terhasillah sebekas koktel berbajet rm10 +/-...
ini namanya PUDING KOKTEL BUJANG.wakaka.

**gambar koktel yang aku tangkap dah ilang. bertuah lah sape yang delete. tapi lebih kurang ke ghopanya dengan koktel-koktel mereka di luar sana.