Friday, March 25, 2011

cubaan bunuh diri di KBmall 24 Mac 2011

[sumber]

kronologi:

-Berlaku pada lebih kurang jam 5 petang tadi (24/03/2010).
-Berlaku di bangunan KB Mall (Kota Bharu, Kelantan).
-Punca bunuh diri, ada yang mengatakan putus cinta, ada juga yang mengatakan kecewa dengan keputusan SPM
-Pada mulanya gadis ini ingin mengelar pergelangan tanganyer rasenye berdasarkan pisau di tangan gadis itu
-Dikatakan juga perempuan tersebut merupakan seorang pelajar.
-Perempuan tersebut masih hidup dan dikhabarkan hanya cedera ringan kerana pihak bomba telah meletakkan 4 buah tilam di bawah bangunan.








video:You tube



Hukumnya Haram dan Berdosa Besar Bagi Muslim

”Jangan engkau membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan al-haq” – maksud surah al An aam : 151

”janganlah kamu membunuh dirimu, kerana Allah maha menyanyangimu” – maksud surah An Nisaa : 28

dari jundud bin abdullah, bahawa Rasul saw bersabda; ”dahulu ada orang yang terluka, lalu dia mengambil pisau dan memotong urat nadi di tangannya sehingga ia mati kerana kehabisan darah, lalu Allah berfirman, ”orang ini mendahului kehendakKu untuk mengadapKu (mati) maka aku haramkan syurga baginya.” – riwayat Bukhari dan muslim

”dan janganlah kamu berputus asa dalam menggapai kurnia Allah, sesungguhnya yang berputus asa hanyalah kaum kafir sahaja” – maksud surah Yusof : 78

“Barangsiapa menjatuhkan diri dari atas gunung kemudian bunuh diri, maka dia berada di neraka, dia akan menjatuhkan diri ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa minum racun kemudian bunuh diri, maka racunnya itu berada di tangannya kemudian minum di neraka jahanam untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan alat tajam, maka alat tajamnya itu di tangannya akan menusuk dia di neraka jahanam untuk selama-lamanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)



kenapa kebanyakan kes cubaan bunh diri melibatkan perempuan?
9 nafsu dan 1 akal?
nauzubillah...

No comments:

Post a Comment