Thursday, July 21, 2011

~Dipetik dari syahirul.com~

Perempuan

1-->Perempuan tak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik.

Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain.


2-->
Perempuan memang tak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan hanya untuk suaminya sahaja.

Adab bersolek (supaya tidak tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslimah kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya.


3-->Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya.

Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu.


4-->Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya.

Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan.

Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya.


5-->Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keaiban saudaranya.

Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.


6-->Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililit kan pada kakinya kerana menarik perhatian orang lain..

Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah untuk menundukkan pandangan dan menjaga pandangan org lain terhadap dirinya.


7-->Perempuan memang tidak guna...kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya.

Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan yang dilaknati Allah.

1 comment:

  1. isteri buat dosa isteri yang tanggung...suami tidak tanggung melainkan apabila suami tidak ajar atau biarkan tanpa marah atau halang ataupon suami yang suruh

    ReplyDelete