Saturday, August 25, 2012

Raya ke-7 (25 Ogos 2012) + resepi puding koktel bujang

setelah setahun berlalu...
abes di godek-godek, di belek-belek semua account email aku, akhirnya aku temui jugak pasword blog.waakkaka.
ni la akibatnya banyak sangat telan semut itam.sigh*
ari ni raya ke-7 aku still kat bumi key-ell.reason: saje nak join geng-geng myanmar,nepal,bangla penuhkan kl.hohoho.
ramadhan tahun ni aku banyak wat puding koktel sebab senang+murah+berbaloi dan yang paling penting puding koktel ni feberet mak aku. love u mom.

PUDING KOKTEL

BAHAN-BAHAN + KOS: (gambar-gambar bahan ihsan dari pakcik goggle)

1 TIN SUSU CAIR (harga: +/- rm 2.50)












1 TIN KOKTEL (harga: +/- rm 3.50)













1bekas NATA DE COCO laici ,harga: +/- rm 4.90)










gula -3 sudu teh

cara-caranya:
campur semua pastu taruk dalam peti.siap.
maka terhasillah sebekas koktel berbajet rm10 +/-...
ini namanya PUDING KOKTEL BUJANG.wakaka.

**gambar koktel yang aku tangkap dah ilang. bertuah lah sape yang delete. tapi lebih kurang ke ghopanya dengan koktel-koktel mereka di luar sana.

Thursday, July 21, 2011

~Dipetik dari syahirul.com~

Perempuan

1-->Perempuan tak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik.

Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain.


2-->
Perempuan memang tak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan hanya untuk suaminya sahaja.

Adab bersolek (supaya tidak tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslimah kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya.


3-->Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya.

Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu.


4-->Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya.

Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan.

Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya.


5-->Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keaiban saudaranya.

Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.


6-->Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililit kan pada kakinya kerana menarik perhatian orang lain..

Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah untuk menundukkan pandangan dan menjaga pandangan org lain terhadap dirinya.


7-->Perempuan memang tidak guna...kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya.

Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan yang dilaknati Allah.

Friday, May 6, 2011

keputusan permohonan ke IPTA hari ini

keputusan permohonan ke IPTA bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf bagi sesi akademik 2011/2012 boleh diperoleh mulai pukul 12 tengah hari ini.

semakan boleh dibuat dengan :

1) menghubungi talian hotline 03-88835858, helpline 03-88835848 dan juga ditalian am 03-88835801/5802.

2)melayari laman web http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my dan http://www.jpt.uum.edu.my

3)menghantar pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) ke 15888.

-cetak surat tawaran mulai Sabtu ini melalui laman web rasmi IPTA

-calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 14 Mei ini