Petua 1: Ambil
daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang
sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir
daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. Parut akan
cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru.
Petua 2: Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak
lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau
permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada
parut. Jika di amalkan selalu, ia akan dapat menghilangkan parut
tersebut.
Petua 3: Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat.
Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak
sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap
yang mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga
sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
Petua 4: Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan
mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan
pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya
lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Ia amat berkesan untuk
menghilangkan parut.
Petua 5: Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.
Petua 6: Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.
Petua 7: Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit
bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan
dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan
kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu
bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat
hasil yang memuaskan.
Petua 8: Ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci
hingga bersih. Giling hingga lumat dan satukan bersama sedikit bedak
sejuk dan air. Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum masuk
tidur. Amalkan selalu.
Petua 9: Ambil tepung ubi dan kunyit hidup campurkan dan letak pada parut di muka atau badan anda,
Petua 10: Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan
madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokan
hari, cucilah menggunakan air suam.
Petua 11: Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
Petua 12: Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit
cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada
parut muka 2 kali seminggu.
Petua 13: Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda.
Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci
muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 14: Caranya ialah dengan mengukus ubi kentang
yang dibuang kulitnya itu dan apabila sudah masak, lumatkan hingga
halus. Tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering. Lakukan
selalu dan anda akan mendapati bekas parut itu akan hilang dengan
sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.