Sunday, August 26, 2012

Petua Menghilangkan Parut

Petua 1: Ambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. Parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru.

Petua 2: Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika di amalkan selalu, ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.
Petua 3: Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yang mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
Petua 4: Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Ia amat berkesan untuk  menghilangkan parut.
Petua 5: Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.
Petua 6: Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.
Petua 7: Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.
Petua 8: Ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci hingga bersih. Giling hingga lumat dan satukan bersama sedikit bedak sejuk dan air. Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.
Petua 9: Ambil tepung ubi dan kunyit hidup campurkan dan letak pada parut di muka atau badan anda,
Petua 10: Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokan hari, cucilah menggunakan air suam.
Petua 11: Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
Petua 12: Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka 2 kali seminggu.
Petua 13: Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 14: Caranya ialah dengan mengukus ubi kentang yang dibuang kulitnya itu dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus. Tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering. Lakukan selalu dan anda akan mendapati bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.

Saturday, August 25, 2012

Raya ke-7 (25 Ogos 2012) + resepi puding koktel bujang

setelah setahun berlalu...
abes di godek-godek, di belek-belek semua account email aku, akhirnya aku temui jugak pasword blog.waakkaka.
ni la akibatnya banyak sangat telan semut itam.sigh*
ari ni raya ke-7 aku still kat bumi key-ell.reason: saje nak join geng-geng myanmar,nepal,bangla penuhkan kl.hohoho.
ramadhan tahun ni aku banyak wat puding koktel sebab senang+murah+berbaloi dan yang paling penting puding koktel ni feberet mak aku. love u mom.

PUDING KOKTEL

BAHAN-BAHAN + KOS: (gambar-gambar bahan ihsan dari pakcik goggle)

1 TIN SUSU CAIR (harga: +/- rm 2.50)












1 TIN KOKTEL (harga: +/- rm 3.50)













1bekas NATA DE COCO laici ,harga: +/- rm 4.90)










gula -3 sudu teh

cara-caranya:
campur semua pastu taruk dalam peti.siap.
maka terhasillah sebekas koktel berbajet rm10 +/-...
ini namanya PUDING KOKTEL BUJANG.wakaka.

**gambar koktel yang aku tangkap dah ilang. bertuah lah sape yang delete. tapi lebih kurang ke ghopanya dengan koktel-koktel mereka di luar sana.

Thursday, July 21, 2011

~Dipetik dari syahirul.com~

Perempuan

1-->Perempuan tak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik.

Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain.


2-->
Perempuan memang tak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan hanya untuk suaminya sahaja.

Adab bersolek (supaya tidak tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslimah kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya.


3-->Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya.

Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu.


4-->Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya.

Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan.

Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya.


5-->Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keaiban saudaranya.

Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.


6-->Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililit kan pada kakinya kerana menarik perhatian orang lain..

Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah untuk menundukkan pandangan dan menjaga pandangan org lain terhadap dirinya.


7-->Perempuan memang tidak guna...kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya.

Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan yang dilaknati Allah.